Saturday, April 23, 2016

Isu Teksi di Malaysia

Para pemandu Teksi mungkin patut cermin diri dan bertanya mengapa begitu ramai orang awam menggunakan UBER dan GRABCAR sehingga menjejaskan secara serius punca pendapatan mereka.

Secara rasionalnya sebagai pengguna apakah orang awam akan sengaja memilih perkhidmatan yang tidak setimpal dengan apa yang mereka bayar ataupun kualiti perkhidmatan yang rendah sekiranya ada alternatif seperti UBER dan GrabCar yang lebih elok.

Mungkin juga sebagai cadangan, para pemandu teksi patut berhijrah kepada UBER dan GrabCar kerana fungsinya sama saja seperti teksi biasa bukan? Malahan tidak perlu lesen harian dan pengguna juga yakin dengan kualiti dan perkhidmatan.

Amat hairan sekali pemandu sekalian lebih sanggup turun berdemonstrasi daripada mencari alternatif lain untuk menarik dan menambah baik kualiti perkhidmatan agar pengguna kembali menggunakan teksi mereka.

Saya akhiri tulisan ini dengan quote daripada jurucakap SPAD yang diambil dari sebuah website (https://www.wemotor.com/blog/2015/10/spad-urges-taxi-drivers-to-improve-services-instead-of-protest/)

          “Taxi drivers must find ways to improve their services such as providing a comfortable ride, be friendly and use a fare meter. Taxi drivers must understand that it is they who opened up the opportunity for alternative ride services to rise because of their poor services to passengers.”

p.s - saya faham ada unsur2 manipulasi dan keterpaksaan daripada syarikat2 dan korporasi tapi harus diingat, masalah tersebut sudah ada sebelum Uber dan Grabcar muncul. Syarikat seperti Uber sekadar menzahirkan kanser yang sudah parah dalam dunia perkhidmatan Teksi.

No comments:

Post a Comment