Saturday, April 23, 2016

Teguran bertauliah

Ada sesetengah perkara dan situasi tak perlu kelulusan bertauliah untuk memberi nasihat dan ajaran. e.g. kawan, cinta, emosi

Ada sesetengah perkara dan situasi walaupun mungkin tak perlu kelulusan bertauliah, akibat daripada salah beri nasihat/ajaran mungkin boleh bawa kepada masalah. e.g. kewangan, pelaburan, pekerjaan

Ada sesetengah perkara dan situasi memang perlu kelulusan bertauliah kerana nasihat dan ajaran yang diberi perlu dipertanggungjawabkan jika timbul masalah. e.g. guaman, jual beli, construction

Maka janganlah telan bulat-bulat, buta-buta, semberono sahaja apa sahaja 'nasihat' dan 'ajaran' yang timbul di ruang masa laman sosial walaupun daripada mereka-mereka yang popular, ternama, atau yang gemar 'share' atau 'retweet' pelbagai artikel. Kerana populariti atau kekerapan 'share' tidak bermakna apa yang dinasihatkan itu betul.

Mungkin ada daripada mereka yang bertauliah mungkin juga tidak. Tidak mengapa jika tidak membawa masalah cuma wajib diteliti agar bila timbul masalah kelak, yang salah bukan laman sosial atau individu-individu tersebut tapi diri sendiri sebab suka sangat ikut tak fikir masak-masak dahulu.

Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment